Muse

Masa belajar dulu kan, aku memang tegar sungguh meminati Muse. Hari2 bukak lagu Time Is Running Out tanpa jemu. Bestgila. Masa ni meroyan sama-sama Pae dan Dd Dudu. Best gila kan uols.
Muse adalah band yang super kreatif, bidiokelip dia semua best2.

Wah tetibe sentap sebab dah lama aku melupakan Muse. Tadi baru tengok cenel astro hitz. Terus teringat kegilaan dulu2. Anyway aku nak tepek 2 video pilihan untuk kemudahan diri sndiri senang nak tgk nanti.

Sapa tak suka sila blah.





Dan satu lagi kegemaran adalah band emo My Chemical Romance. Auuuuuuuuuuuuuuuuuuw

Oh atuk

Rasa-rasanya melampau tak kalau aku nak dajalkan phonebook atuk aku dengan mendelete num henpon aku kat henpon dia. Sebab atuk aku suka call lalu buat kuasa veto gitu. Hahah.

Kalau tengah on the way nak balik kg kan, kejap2 call tanya kat mana. Mak rimas uols.  Hahaha. Jahat okey aku. Tadi call, dia suruh balik kampung raya haji nanti direct gi mendarat rumah dia terus, aku tak payah balik umah parent dulu, dengan Edy sekali suruh angkut balik rumah dia uols. Abis, laki aku tu ada mak okey. Harusla nak balik rumah mak dia dulu kan. Kelaka je banyak kali pesan, 'Bagitau Edy, balik kg tau, raya haji. Terus datang sini je sebab kita buat korban besar-besaran.' Wahhhhhhhhhhhhhh nanti kalau dah kawin aku sangat risau okey takut mak mentua kecik ati.

Ape kes belum kawin nak risau2? Hahahaha.


So, camane, harus ke aku delete no tepon tu? Ke kalau delete kira derhaka? Hahaha. Kadang2 atuk kol time meeting :p comel je..
Takde la uols, gurau je...:p

Empty

  1. Best betul rumah dekat ofis. Nasib baik aku tak duduk kuarters sebelah ofis je LOL.Lunch hour balik rumah.Padahal bukan nak buat apa pun.Apa motif entah aku balik.Erk terasa macam dah malas nak balik ofis boleh? Lagi 29 minit untuk abis lunch hour. 
  2. Tahniah kepada cousin ku, dapat 5A.Tapi UPSR bukan apa2 sangat pun. Hehehe.
  3. Aku mempunyai satu misi untuk melakukan sesuatu secara gigih namun perlu istiqamah. Oh, berjayakah aku.
Dah la. Tak tau nak update apa, tapi gatal nak login blogger.
Chow.

Jangan Percaya

Wey apsal ntah mata kanan aku ni, belah bawah, asyik bergerak² je. Pelik betul. Tak ada buat apa, tiba² saja nak gerak Tak ke malu tu kalau aku tgh jumpa client ke, meeting ke, tiba² bergerak je mata tu.

Saja je bermain² dengan google lalu menemui:

PERGERAKAN TUBUH DAN ALAMATNYA:

KELOPAK MATA ATAS KANAN BERGERAK-beroleh kewangan

KELOPAK MATA ATAS KIRI -melihat perempuan

KELOPAK MATA ATAS KIRI BERGERAK-anda akan berjalan jauh

KELOPAK MATA BAWAH KANAN -hendak menangis

EKOR MATA KANAN BERGERAK-menerima kedatangan org jauh

EKOR MATA KIRI -mendapat sedikit kepayahan

BIJI MATA KANAN BERGERAK-akan menangis dalam bercinta

BIJI MATA KIRI -gembira dihati

KENING KIRI BERGERAK-beroleh kelapangan

BIBIR ATAS BERGERAK-anda akan bergaduh/berbalas balas jawap dgn seseorg

BIBIR BAWAH -ada org sedang mengata/mengumpat pasal anda

SIKU KANAN BERGERAK GERAK-beroleh kebahagiaan

SIKU KIRI -org yg mengasihi kita akan datang

BAHU KANAN BERGERAK GERAK-harta akan datang kpd kita

BAHU KIRI -bakal berjumpa pembesar/ketua

PIPI KANAN BERGERAK-alamat sakit mata

PIPI KIRI-sentiasa bahagia

p/s: aku punya yang hendak menangis tu. tak nangis2 pun. Dah minggu kedua k mata ni bergerak2 tak pasal2. Tensen aku. Edy ckp urat saraf tak betoi..Aduyai..

Kalau boleh aku nak yang beroleh kewangan tu. haha. Ada siapa² nak bayar hutang tak? Hari ini satu misi mengutip hutang akan berlaku. Aku nak mintak duit aku ngan manusia meminjam. Pedulik la dia nak cakap apa.

TAUFAN IDA. IDA??

Taufan Ida kini menuju ke Teluk Amerika

Pasukan penyelamat dibantu penduduk setempat berkerjasama mencari mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan di San Vicente, 80 kilometer ke timur San Salvador akibat dilanda Taufan Ida, kelmarin. - AFP

NEW ORLEANS 10 Nov. - Ribut tropika Ida dilapor membawa angin kuat menuju pantai Teluk Amerika Syarikat (AS) berhampiran Mobile, Alabama hari ini, selepas mengakibatkan kemusnahan besar yang mengorbankan 136 nyawa di Amerika Tengah.

Menurut Pusat Taufan Kebangsaan di Miami, Florida, Ida yang dikesan kira-kira 153 kilometer dari barat daya Mobile, Alabama pada pukul 6 pagi ini waktu tempatan, bergerak ke arah utara dengan kelajuan angin 96 kilometer sejam.

"Kami meminta orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dan mengawasi anak-anak.

"Air pasang berpunca daripada ribut boleh mencecah 1.8 meter berbanding biasa, ia boleh mengakibatkan banjir di jalan-jalan raya yang rendah di sepanjang pinggir pantai Louisiana,'' kata Gabenor Louisiana, Bobby Jindal pada satu sidang akhbar.

Beliau berkata, angin kuat juga boleh menyebabkan dahan serta ranting pokok patah dan mengakibatkan bekalan elektrik terputus.

Jidal, bagaimanapun berkata, agensi persekutuan Kor Jurutera Tentera AS melahirkan keyakinan bahawa jaringan tambak yang meluas, pam dan saluran pengairan akan melindungi New Orleans daripada banjir buruk.

Pegawai Pusat Taufan Kebangsaan melaporkan, Ida yang dikategorikan sebagai taufan tahap dua kelmarin, berubah lemah kepada ribut tropika semalam.

Seorang pegawai pertahanan sivil semalam berkata, Ida bersama-sama sistem tekanan rendah Lautan Pasifik telah mengakibatkan banjir buruk di El Salvador yang mengorbankan 136 orang.

Berikutan itu, Presiden Mauricio Funes mengumumkan darurat, semalam.

El Salvador diletak dalam keadaan berjaga-jaga sejak Khamis lalu selepas hujan lebat akibat Taufan Ida melanda daerah itu, memusnahkan kira-kira 930 buah rumah dan menyebabkan 13,000 orang hilang tempat tinggal di Nicaragua. - AFP


p/s:
apsal nama taufan/fenonema alam asyik2 nama pmpuan? ida, katrina, la nina, el nino.
nama jantan tak cukup ganas eh untuk menunjukkan kemusnahan?
aku ada masalah sikit dengan nama ida ni, sebab aku ada kisah hidup yang aku benci dengan seseorang bernama ida. hoi ida german, ko jangan perasan, bukan kau yg aku maksudkan, tapi ida lain.

Como-lot




oh abang remy sahak, kenapa u belakon cite gay ini? comolot. i tak rela.

Merapu je

Aku nak soping perfume semalam tp tetibe si tunang belikan henpon.Wah mekasih ye syg. Terus terlupa motif utama nak beli perfume. Sob sob. Perfume tinggal titisan2 akhir je.Maklumlah aku ni kan miskin hina, henpon pon rosak jahanam, perfume pun titis2 akhir dah ha.Nak beli perfume apee la pulak. Idea????

Skang ni tujuan entry ni untuk survey henpon ape yang best.
Tak mau ye yg full touch screen sbb yg ni dah full touch dah. Aku ni la ngade plak, org dh bagi, jakun nak gune plak. Tapi tetap sgt2 berterima kasih padamu wahai kanda.I lebiu. Kalau nak yg ada touch screen pon, tetap memerlukan keypad yg timbul tu. Pasal aku ni suke bersms secara ad hoc, lagi2 time tgh kalut2 tu, leceh sungguh nak guna touchscreen. Ni saje survey sebab si tunang kate nak beli yg ade button lak. Aku syak dia pon sama kot, susah nak sms hahaha.Baik aku survey siap2. Ni pon ktorg beli sepasang henpon. Pasni beli pasangan kedua la.Wah macam kan kaya sgt dua2 ni, pdhal nak makan pon poket asyik2 kosong jek. Hahaha. Agak susah ye nak gune touchscreen secara nak-cepat-cepat ni.

Kedai henpon mana yg murah? Bagitau la pd sapa2 yg tau tu. Tapi, sila keluarkan iphone dari list. Sebab aku tak tau la kenapa, aku tak berminat walaupun org sana sini nak ber iphone. ntah la, aku ni ortodoks kot(wah, ortodoks tu ape?). Stok2 zaman purbakala gitu. Bukan apa, kdg2 terpaksa ketepikan fesyen dan trend untuk keselesaan dan kemudahan esp dlm masa2 emergency.

Aku dh takde idea nak blogging dah pun. Sebab tu la cite merepek2 ni. Mintak maaf pada mana2 pasangan yg berkahwin bulan 12 yg mana aku x dpt hadir sbb kalendar bulan 12 dh penuh. Sori naik lori. Dah, tukar topik pulak tetiba.

Tetiba je perenggan ni mcm nak cerita dan express kemarahan aku kat geng2 kelate yg tengok bola dan merusuh. Korang memang manusia tak gune, sebab korang la satu negeri kena label macam2. Taik okey korang ni. Perangai lagi busuk dari taik.Memang perangai jahanam. Sebab manusia macam korang ni la aku pun terpalit sama org duk mengutuk negeri keturunan aku. Apa bodoh punye perangai, malu gila aku tgk kat TV. Sebab perangai hanjing korang ni la org tetibe libatkan politik segala pulak. Bodoh piang punya manusia. Korang, bukan semua tau org kelate perangai camtu. AKu tak penah pun bakar kerusi ke ape, bakar sampah secara terbuka pun tak penah. Bakar roti pun 2x setahun je kot. Inikan pulak nak merusuh, bakar kerusi stadium tu. Kesian Tengku Mahkota ngan Menteri MITI tu, malu bukan kepalang kat Yamtuan N9 kot.

Ok la, emo la pulak aku ni marah kat segelintir rakyat sendiri. BUkan ape, aku malu je. Malu gile beb dengan perangai takde sivik tu. Ok la sebelum emosional terlebih baik aku babai. Babai.....

Pending list getting longer

Aghhhhhhh agh agh aghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. agh aghh. Awat lain macam ni bunyi.
Aku banyak kerja la. Tension2. Nak buat benda ni, gi buat benda tu. Pastu aku buat itu, separuh gi sambung yang lain separuh. Last2 semua separuh2. Choih choiiiiii choiiiiii! Aku siapkan website, tetiba dah setel tengok2 link dia muncul tah mane page ntah. Assistant aku lak tegur apsal lain macam website. Wah, ada assistant skarang. Hah berambus ko stress, berambus. Berambussssszzssszzzzz.

Panjang lagi list nak kena setel ni. Boleh pulak blogging. Takpa2 elak stress. Padahal benda aku kena buat ni nampak senang tapi, dia punya cerewet, wahhhhhhhhhhh! Tension.
T^TEHDbhefndhfdf6^&W*EBFDGFD NFN&EUJDFDFg676edfkmdyfnhdif7,o!!! encrypted message.

bipolar disorder? Lina, ko ade member.

Tak Paksa